Sunday, July 10, 2011

Interlok

Interlok, Muslihat di Sebalik Pencetakan Semula.

      Di pagi isnin, selesai solat subuh, seperti hamba bersiap untuk menuju persekolahan. Baju sekolah selesai digosok rapi, rambut disikat kemas dan songkok hitam disematkan ke kepala dipadankan dengan seluar hijau dan kasut kulit yang berkilat. Beg sekolah disandang dan buku KIMIA Tingkatan Lima hamba selit dicelah lengan, sambil membetulkan tali leher hamba menapak ke kawasan persekolahan dengan harapan dan azam untuk menuntut ilmu demi demi 'PEMBANGUNAN MELAYU'.

   Taktala bersurainya perhimpunan di pagi hari, terdapat pengumuman untuk meminta supaya semua tingkatan lima tunggu sebentar. Benak di fikiran tertanya-tanya apakah gerangannya kami semua ditahan. Rupanya kami semua disuruh membawa buku interlok untuk ditampal semula 'kesalahannya' atau lebih tepat dikatakan kebenaran yang menyedihkan bagi kaum tertentu. Tampalan ini adalah untuk menutup kemaluan sesuatu kaum ini dari diperkatakan oleh generasi hadapan. Selesai hamba menampal semua partisan itu, keluhan dari rakan hamba semakin didengari. 'Apalah kerajaan nih, asik ikut cakap org je, cmana melayu nak maju. Tergadai di tanah sendiri'. Ada juga yang mengatakan ' hish, ke**g nih, datang dari seberang masuk negara kita buat kepala plak'. Adapun berbagai reaksi dari rakan sebaya hamba, terdetik sesuatu perkara yang hamba rasakan patut dikongsi bersama para pembaca.


  Meskipun terdapat kelemahan dalam tindakan kerajaan ini, tapi, jika pembaca membuka mata merenung kembali. Pemimpin kita berpandangan jauh dalam hal ini, trdapat mesej sebenarnya yang ingin disampaikan kerjaan terhadap pelajar melayu kita melalui tindakan ini. Hamba bukannya pro kerajaan, jugan bukan anti kerajaan, tetapi jika kita buka mata dan hati. Kerajaan memberi amaran dan mesej supaya pelajar-pelajar melayu yang diluar sana mengetahui keadaan melayu yang goyah dalam politik. Keadaan Melayu yang terpaksa mendengar kata kaum lain untuk terus kekal. Melayu yang terpaksa mengorbankan kemelayuannya demi kaum lain. Untuk apa? untuk memenuhi kepentingan kaum itu sendiri. Dengan cara ini sahaja untuk kerjaan dapat menyatakan kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh dan maju supaya dapat mengambil tampuk pemerintahan yang lebih berkesan supaya dapat membangunkan melayu. Melayu yang takkan hilang didunia. :) Sekian. Salam. Penutup Bicara.


  




          

Sunday, July 3, 2011

Sejarah Melayu

Sejarah Melayu Malaysia.


Salam sejahtera, salam pembuka bicara.


Sebelum belayar lebih jauh, hamba menggali dari dalam siapa sebenarnya hamba, dari mana salasilah hamba, tercipta dari rumpun apa sebenarnya melayu ini? Berkengkang mata, hamba memperolehi maklumat demi santapan pembaca. Sejarah ini amat penting untuk diketahui. Hamba petik kata George Santayana 'Those who cannot remember the past are condemned to repeat it'  Bukankah Melayu pernah berada di zaman kegemilangannya ketika dibawah khilafah islamiah? Tapi tidak mampu mengulanginya semula.


Masyarakat Melayu di Malaysia wujud hasil dari percampuran di antara tiga rumpun bangsa yang berbeza, iaitu Negrito, Austro-Asiatic dan Austronesia dengan pengaruh dari bangsa-bangsa dari luar Asia Tenggara.


Masyarakat Melayu di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza:-

ANAK JATI
Anak Jati ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi Malaysia. Mereka adalah salah satu dari tiga kumpulan yang membentuk masyarakat Melayu di Malaysia. Kumpulan ini merangkumi suku-suku pribumi seperti:-

  • Orang Melayu Kedah
    • Orang Melayu Beruas
    • Orang Melayu Manjung
    • Orang Melayu Grik
    • Orang Kelang
    • Orang Melayu Melaka
    • Orang Melayu Kelantan
    • Orang Melayu Terengganu Pantai
    • Orang Melayu Ulu Terengganu
    • Orang Melayu Bentong
    • Orang Melayu Lipis
    • Orang Melayu Temerloh
    • Orang Melayu Johor
    • Orang Melayu Brunei
    • Orang Melayu Kedayan
    • Orang Melayu Cocos


                                                             ANAK DAGANG

Anak Dagang ialah satu istilah yang merujuk kepada orang Melayu di Malaysia yang mana nenek-moyang mereka berasal dari Kepulauan Indonesia, Kemboja, Vietnam, Thailand dan Pulau Hainan (China). Mereka terdiri daripada rumpun bangsa Austronesia dan terdiri daripada berpuluh-puluh suku yang berbeza iaitu:-



  • Aceh
  • Ambon
  • Banjar
  • Batak (tidak termasuk Mandailing)
  • Bawean (Boyan)
  • Bugis
  • Cham
  • Jawa
  • Kerinci
  • Mandailing (dianggap sebagai )
  • Melayu
  • Melayu Asahan (Batubara).
      • Melayu Bengkulu.
      • Melayu Deli.
      • Melayu Jambi
      • Melayu Palembang.
      • Melayu Patani
      • Melayu Riau
      • Melayu Siak
  • Minangkabau
  • Nias
  • Ocu (Kampar)
  • Rao (Rawa)
  • Utsul

                                                                    PERANAKAN
        
Peranakan ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu di Malaysia yang wujud hasil dari perkahwinan campur di antara orang Melayu (Anak Jati atau Anak Dagang) dengan bangsa-bangsa asing dari luar Asia Tenggara. Mereka adalah:-
  • Peranakan Parsi
  • Peranakan Arab
  • Jawi Peranakan / Jawi Pekan / Peranakan Kling
  • Peranakan Cina
  • Peranakan Turki
  • Peranakan Siam / Samsam
  • Peranakan Eropah



Jadi dari manakah datangya rumpun pembaca? Bukan sedikit sebenarnya rumpun melayu ini, jadi jangan menghukum kaum seberang sana walaupun muka mereka sedikit berlainan, mereka mungkin Melayu juga seperti kita. :)

Saturday, July 2, 2011

KALAM PEMBUKA BICARA,

Pembuka Tutur Kata,


Salam sejahtera, salam 1Malaysia , salam pembuka  bicara.


   Pertama kali menulis blog, menimbulkan rasa gemuruh di hati kerana setiap coretan yang dihasilkan mampu mencerminkan isi hati. Seronok benar rasanya ketika mengaplikasikan teknologi canggih ini. Namun, benak dijiwa memberi amaran untuk berhati-hati dalam setiap siratan yang disurat. Tersilap langkah boleh diundur, tersilap post, hancur binasa.


    Hamba hanya lah seorang murid tingkatan lima, yang  sama seperti murid-murid melayu yang lain, yang berkobar-kobar untuk membangunkan masyarakat melayu. Blog ini adalah hanya yang mampu diusahakan hamba untuk meningkatkan kesedaran melayu , memandangkan hamba kesempitan masa untuk mengejar peperikasaan duniawi SPM. Jadi, segala yang hamba katakan mungkin terbatas disebabkan hamba hanya menggunakan buku-buku teks sekolah sebagai rujukan. Tambahan, tidak banyak post yang boleh ditaip, memandangkan hamba sedang tinggal di asrama. Berhabuklah komputer di rumah itu nampaknya. :) 

   Harap, dengan sedikit usaha ini, harap dapat memberi kesedaran kepada Melayu kita untuk keluar dari kelalaian dan kepompong kesenangan kearah 'PEMBANGUNAN MELAYU '