Interlok, Muslihat di Sebalik Pencetakan Semula.
Di pagi isnin, selesai solat subuh, seperti hamba bersiap untuk menuju persekolahan. Baju sekolah selesai digosok rapi, rambut disikat kemas dan songkok hitam disematkan ke kepala dipadankan dengan seluar hijau dan kasut kulit yang berkilat. Beg sekolah disandang dan buku KIMIA Tingkatan Lima hamba selit dicelah lengan, sambil membetulkan tali leher hamba menapak ke kawasan persekolahan dengan harapan dan azam untuk menuntut ilmu demi demi 'PEMBANGUNAN MELAYU'.
Taktala bersurainya perhimpunan di pagi hari, terdapat pengumuman untuk meminta supaya semua tingkatan lima tunggu sebentar. Benak di fikiran tertanya-tanya apakah gerangannya kami semua ditahan. Rupanya kami semua disuruh membawa buku interlok untuk ditampal semula 'kesalahannya' atau lebih tepat dikatakan kebenaran yang menyedihkan bagi kaum tertentu. Tampalan ini adalah untuk menutup kemaluan sesuatu kaum ini dari diperkatakan oleh generasi hadapan. Selesai hamba menampal semua partisan itu, keluhan dari rakan hamba semakin didengari. 'Apalah kerajaan nih, asik ikut cakap org je, cmana melayu nak maju. Tergadai di tanah sendiri'. Ada juga yang mengatakan ' hish, ke**g nih, datang dari seberang masuk negara kita buat kepala plak'. Adapun berbagai reaksi dari rakan sebaya hamba, terdetik sesuatu perkara yang hamba rasakan patut dikongsi bersama para pembaca.
Meskipun terdapat kelemahan dalam tindakan kerajaan ini, tapi, jika pembaca membuka mata merenung kembali. Pemimpin kita berpandangan jauh dalam hal ini, trdapat mesej sebenarnya yang ingin disampaikan kerjaan terhadap pelajar melayu kita melalui tindakan ini. Hamba bukannya pro kerajaan, jugan bukan anti kerajaan, tetapi jika kita buka mata dan hati. Kerajaan memberi amaran dan mesej supaya pelajar-pelajar melayu yang diluar sana mengetahui keadaan melayu yang goyah dalam politik. Keadaan Melayu yang terpaksa mendengar kata kaum lain untuk terus kekal. Melayu yang terpaksa mengorbankan kemelayuannya demi kaum lain. Untuk apa? untuk memenuhi kepentingan kaum itu sendiri. Dengan cara ini sahaja untuk kerjaan dapat menyatakan kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh dan maju supaya dapat mengambil tampuk pemerintahan yang lebih berkesan supaya dapat membangunkan melayu. Melayu yang takkan hilang didunia. :) Sekian. Salam. Penutup Bicara.

No comments:
Post a Comment