
Salam sejahtera, salam pembuka bicara.
Sebelum belayar lebih jauh, hamba menggali dari dalam siapa sebenarnya hamba, dari mana salasilah hamba, tercipta dari rumpun apa sebenarnya melayu ini? Berkengkang mata, hamba memperolehi maklumat demi santapan pembaca. Sejarah ini amat penting untuk diketahui. Hamba petik kata George Santayana 'Those who cannot remember the past are condemned to repeat it' Bukankah Melayu pernah berada di zaman kegemilangannya ketika dibawah khilafah islamiah? Tapi tidak mampu mengulanginya semula.
Masyarakat Melayu di Malaysia wujud hasil dari percampuran di antara tiga rumpun bangsa yang berbeza, iaitu Negrito, Austro-Asiatic dan Austronesia dengan pengaruh dari bangsa-bangsa dari luar Asia Tenggara.
Masyarakat Melayu di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza:-ANAK JATI
Anak Jati ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi Malaysia. Mereka adalah salah satu dari tiga kumpulan yang membentuk masyarakat Melayu di Malaysia. Kumpulan ini merangkumi suku-suku pribumi seperti:-
- Orang Melayu Kedah
- Orang Melayu Beruas
- Orang Melayu Manjung
- Orang Melayu Grik
- Orang Kelang
- Orang Melayu Melaka
- Orang Melayu Kelantan
- Orang Melayu Terengganu Pantai
- Orang Melayu Ulu Terengganu
- Orang Melayu Bentong
- Orang Melayu Lipis
- Orang Melayu Temerloh
- Orang Melayu Johor
- Orang Melayu Brunei
- Orang Melayu Kedayan
- Orang Melayu Cocos
ANAK DAGANG
Anak Dagang ialah satu istilah yang merujuk kepada orang Melayu di Malaysia yang mana nenek-moyang mereka berasal dari Kepulauan Indonesia, Kemboja, Vietnam, Thailand dan Pulau Hainan (China). Mereka terdiri daripada rumpun bangsa Austronesia dan terdiri daripada berpuluh-puluh suku yang berbeza iaitu:-- Aceh
- Ambon
- Banjar
- Batak (tidak termasuk Mandailing)
- Bawean (Boyan)
- Bugis
- Cham
- Jawa
- Kerinci
- Mandailing (dianggap sebagai )
- Melayu
- Melayu Asahan (Batubara).
- Melayu Bengkulu.
- Melayu Deli.
- Melayu Jambi
- Melayu Palembang.
- Melayu Patani
- Melayu Riau
- Melayu Siak
- Minangkabau
- Nias
- Ocu (Kampar)
- Rao (Rawa)
- Utsul
PERANAKAN
Peranakan ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu di Malaysia yang wujud hasil dari perkahwinan campur di antara orang Melayu (Anak Jati atau Anak Dagang) dengan bangsa-bangsa asing dari luar Asia Tenggara. Mereka adalah:-
- Peranakan Parsi
- Peranakan Arab
- Jawi Peranakan / Jawi Pekan / Peranakan Kling
- Peranakan Cina
- Peranakan Turki
- Peranakan Siam / Samsam
- Peranakan Eropah
Jadi dari manakah datangya rumpun pembaca? Bukan sedikit sebenarnya rumpun melayu ini, jadi jangan menghukum kaum seberang sana walaupun muka mereka sedikit berlainan, mereka mungkin Melayu juga seperti kita. :)


No comments:
Post a Comment