Pembuka Tutur Kata,

Salam sejahtera, salam 1Malaysia , salam pembuka bicara.
Pertama kali menulis blog, menimbulkan rasa gemuruh di hati kerana setiap coretan yang dihasilkan mampu mencerminkan isi hati. Seronok benar rasanya ketika mengaplikasikan teknologi canggih ini. Namun, benak dijiwa memberi amaran untuk berhati-hati dalam setiap siratan yang disurat. Tersilap langkah boleh diundur, tersilap post, hancur binasa.
Hamba hanya lah seorang murid tingkatan lima, yang sama seperti murid-murid melayu yang lain, yang berkobar-kobar untuk membangunkan masyarakat melayu. Blog ini adalah hanya yang mampu diusahakan hamba untuk meningkatkan kesedaran melayu , memandangkan hamba kesempitan masa untuk mengejar peperikasaan duniawi SPM. Jadi, segala yang hamba katakan mungkin terbatas disebabkan hamba hanya menggunakan buku-buku teks sekolah sebagai rujukan. Tambahan, tidak banyak post yang boleh ditaip, memandangkan hamba sedang tinggal di asrama. Berhabuklah komputer di rumah itu nampaknya. :)
Harap, dengan sedikit usaha ini, harap dapat memberi kesedaran kepada Melayu kita untuk keluar dari kelalaian dan kepompong kesenangan kearah 'PEMBANGUNAN MELAYU '
No comments:
Post a Comment